Friday, 11 May 2012

Daurah Penghayatan Remaja Masjid Negeri Shah Alam




Alhamdulillah, sekali lg Majid Negeri Shah Alam akan mengadakan Program Daurah Penghayatan Remaja Islam pada cuti sekolah hujung bulan May ini. Program ini akan diadakan selama 9 hari pada kali ini. Program pertama yg disertai Alya adalah pada cuti sekolah pada bulan March yg lepas. Pada hari pendaftaran Alya agak takut dan segan apabila melihat begitu ramai pelajar-pelajar yg datang semasa sesi pendaftaran. Ialah, ianya adalah 1st time buat Alya, bertambah pula kawan baiknya Maisarah tiba agak lewat. Mereka dibahagikan mengikut kumpulan agar aktiviti mudah dijalankan dengan dimantau oleh fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada kakak-kakak lepasan sekolah agama tinggi untuk kumpulan kanak2 wanita manakala fasilitator-fasilitator lelaki untuk kanak-kanak lelaki. Saya tinggalkan Alya bersama rakan-rakan barunya di dewan dimana acara mereka dimulai dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.  

 Pada pkl 5pm lebih sedikit saya tiba diperkarangan masjid untuk menjemput Alya. Dari kejauhan ternampak kelibat beliau bermain bersama Maisarah. Apabila menghampiri Alya, soalan pertama saya adalah 'Kakak ok? Best tak?' disambut dengan senyuman yg ikhlas dan jawapan yg sangat melegakan.. 'Best!, Kakak suka!'. Alhamdulillah, Masjid Negeri dpt mengadakan program seperti ini disamping mengisi masa pelajar2 ketika cuti sekolah, ianya juga dapat mendekatkan diri dan jiwa anak-anak kepada Masjid. Alhamdulillah, hari ini saya telah pun mendaftarkan Alya untuk Program Daurah Remaja II!
 
Alya dan Maisarah bersama kakak-kakak fasilitator di Program Daurah Remaja I 2012

Rutin keluarga kami setiap mlm minggu ialah solat jemaah bersama di Masjid Negeri. Pada mulanya Alya dan Ammar menganggap aktiviti ini agak membosankan. Solat berjemaah dan mendengar ceramah agama bagi mereka yg kurang paham tentang apa yang diperkatakan oleh penceramah bukannya sesuatu yang menarik bagi kanak-kanak yang berumur 5 dan 7 tahun. Tetapi kami tetap membawa Alya dan Ammar ke masjid. Kami berdoa agar diserapkan hati mereka dengan kasih dan cintakan Masjid, semoga mereka menjadi pasak Masjid yang hatinya sentiasa ingatkan Masjid. Sudah agak sebulan kami tidak kesana, ada saja perkara yang manghalang kebelakangan ini. Saya tersentak dengan pertanyaan Alya pada malam sabtu yg lalu. "Ibu, sudah lama kita tak ke Masjid kan?". Allah, ada kesan rupanya Ya Allah usaha kami membawa anak-anak kami selalu bersolat di Masjid. Jawapan saya amat ringkas. "Ya la kakak, ibu rindu akan masjid... jom kita pg Masjid malam ni". Jawapan saya disambut dengan riang, bagai ingin ke pesta bagi Alya dan Ammar ketika itu. Alhamdulillah... akan kami teruskan usaha mendekatkan anak2 kami ke Masjid mu ya Allah, permudahkan urusan kami dalam mendidik khalifah Mu....


Gambar ini diambil oleh Alya ketika bersolat di Masjid Negeri dan sedang menunggu ceramah agama yang akan disampai.


Thursday, 10 May 2012

Alhamdulillah... akhirnya

Alhamdulillah, akhirnya terlaksana juga blog yg sekian lama saya terfikir tentang kewujudannya. Urusan kerja di pejabat serta tanggungjawab dirumah menghalang dari wujudnya blog ini dari awal lagi. Alhamdulillah, hari ini dapat juga saya meluangkan sedikit masa untuk menghasilkannya. Tujuan blog ini diwujudkan agar kita sama-sama dapat berkongsi ilmu-ilmu Allah demi mencari redhaNya InsyaAllah.